Saturday, November 6, 2010

Kawan baik tikam belakang.Apa nak buat?

Assalamualaikum w.b.t..

Hye kawan2..ak bru abes paper QMT tadi..soklan die xde la sumenye susah..tp,ntahlah..huhu..lg2 decision tree..sgt la membunuh soalannyer..(tipu.tipu)hehe..
Okay.skang rase nak membebel lar..erm..tgk tittle kat ataih tu..ak bukan nak cite psal isu bunuh membunuh yer..huhu..tp,uolz tau kan ape mksud peribahasa itu?goooood...=D..



Kenapa kita perlu ada kawan? Apa tujuan kita berkawan? Dan.. Individu yang bagaimana dianggap sebagai kawan? Perlu ke kita memilih kawan? Atau.. Berkawan sahaja dengan sesiapa pun. Ahh.. Itu persoalan yang bermain di benak fikiran ak ketika ini. Kenapa? Ak sendiri tidak pasti..

“Sebaik-baik sahabat disisi Allah ialah orang yang terbaik terhadap temannya dan sebaik-baik jiran disisisi Allah ialah orang yang terbaik terhadap jirannya” (H.R al-Hakim) “Teman yang paling baik adalah apabila kamu melihat wajahnya, kamu teringat akan Allah, mendengar kata-katanya menambahkan ilmu agama, melihat gerak-gerinya teringat mati..” (Haslinda Lukman, Majalah Cahaya Feb 06) Dalam Islam, faktor memilih kawan amat dititikberatkan. Hubungan persahabatan adalah  hubungan yang sangat mulia kerana sahabat berperanan dalam membentuk personaliti seseorang individu. Ada sahabat yang sanggup menghulurkan tangan ketika kita susah dan menjadi peneman di saat kita sedang berduka. Namun, tidak kurang juga sahabat yang hanya tahu menumpang kesenangan di atas sahabat yang lain. Bila sekali kita jatuh, jangankan hendak menghulurkan tangan, memandang wajah kita jauh sekali. Saya yakin, bukan sahabat jenis ini yang anda mahukan. Sahabat? Apa itu sahabat?. Ada orang kata sahabat itu macam bulu tangkis, belum main dipegang, bila main dipukul. Ada juga orang kata sahabat itu diiibaratkan macam bola ragbi, belum dapat direbut, dah dapat dilindung dan dijaga. Apa pun takrifannya, bagi saya seorang sahabat itu amat sukar dicari, lebih sukar ditinggalkan, dan mustahil dilupakan, seorang sahabat yang sanggup berkongsi suka duka dan menyelami perasaan sahabatnya yang lain, menghulurkan tangan di kala kita memerlukan pertolongan dan bantuan. Berbeza dengan istilah kawan, bergantung kepada individu untuk mendefinisikannya, tetapi bagi saya seorang kawan tidak ada yang istimewa, hanya sesuai untuk dijadikan tempat berborak dan biasanya kawan untuk bergembira lebih ramai daripada kawan berduka. 

Pernahkah sahabat anda menikam anda  daripada belakang?. Apakah perasaan anda ketika itu? Adakah marah, pedih, perit, benci atau dendam bermaharajalela di dalam hati anda?. Daripada apa yang ak faham, tikam belakang ini merupakan satu tingkahlaku di mana seorang sahabat bermuka-muka depan sahabatnya yang lain. Sebagai contoh, depan kita segala-galanya baik, manis tetapi di belakang kita, dialah gunting dalam lipatan. Segala rahsia dan amanah yang kita kongsikan bersama dengannya, habis dijaja kepada orang lain dan yang lebih menakutkan apabila ianya melibatkan maruah kita. Perbuatan seperti ini tidak memberi manfaat malah lebih memburukkan keadaan kedua belah pihak dan juga masyarakat sekeliling yang telah mengetahui perkara sedemikian. Secara tidak langsung, pihak yang telah ditikam belakang itu tadi akan merasa ditindas, dianiayai dan dimalukan oleh sahabat sendiri. Tikam belakang biasanya terjadi apabila seseorang itu menyimpan perasaan iri hati terhadap orang lain, tidak berasa senang dengan apa yang mereka ada, cemburu dan dengki di atas kejayaan orang lain.

Oh.. Sungguh! Sangat sakit sebenarnya bila itu terjadi. Kerana.. Ak pun pernah melalui pengalaman yang boleh dikatakan seperti ditikam dari belakang oleh kawan baik yang ak anggap seperti adik-beradik sendiri. Sungguh! Ak sedih apabila teringat kisah itu. Namun, demi menjaga sebuah psahabatn yang telah terbina itu, ak lupakan sahaja. Namun, peristiwa itu memberi impak yang besar dan merubah keadaan menjadi jauh berbeza daripada sebelum ianya berlaku.

Tipu la andai ak katakan perasaan apabila dikhianati kawan baik sendiri tidak mempengaruhi keputusan yang diambil. Memaafkan, tapi tidak untuk melupakan. I can forgive, but I cannot forget. Sungguh mulia hati seorang insan jika dia mampu untuk "FORGIVE & FORGET".

Dan.. "Cannot forget" itu, bukanlah maksudnya untuk berdendam. Tetapi, sebagai langkah berjaga-jaga. Berwaspada. Sekali terkena, sudah cukup memberi pengajaran, peringatan supaya apa yang berlaku tidak akan berulang lagi untuk kali kedua, ketiga dan seterusnya.

Oklah kawan2..itu saje untuk entry kali ni..Pesanan penaja, "Berhati-hatilah memilih kawan"..

*Tiada kena mengena antara hidup dan mati..PEACE NO WAR..
Salam..

Friday, November 5, 2010

Penat..wuwuwu

Ak pnat bukannye wat keje2 berat pown..dduk ataih kusi n study..wat latihan QMT manyak2 sbb sbtu ni paper..ak isaw sket sbb ak slalu wat silly mistake..bdoh2 je ksalahn ak..huk3..
Ak pnat sampai rase nak mnitik air mata niy..hurm..xtau la ape senanye yg ak penat kan..hehe..(mentang2 tittle "penat"..sume nak penat..heh!
D sebabkan ak penat smpai nak mnitiskan air mata, ak tlah msej En.Bf bgtau die yg ak pnat...
Spt biase, beliau dengan tenang dan lembutnye menyejukkan hati ak yg gundah gelana ini..(eceeh ayat xtahan..haha)..
Ngadu, ngadu, n ngadu byk2 kat En.Bf..hehe..
Yg best n membuatkan hati ak berbunga riang, En.Bf kta nak bwk ak jln2 bile ak cuti nnt!yay!haha..
Tibe2 mood gue berubah..berbunga2 je hati niy..=D..
K lah..tatau nak mepek ape..bye!

Wednesday, November 3, 2010

Rindu

Beliau ini la yang saye rindu..En.Bf..hee..lame da xjmpe muncit sy niy..hek3..miss you yayang!!!!muah!

Tuesday, November 2, 2010

Al-fatihah..

Assalamualaikum w.b.t..

Lepas sorg2 kenalan2 kite pegi meninggalkan kite..
macam xpercaya sbb kehilangan mereka secara tiba2..
walaupun xkenal rapat tapi, pernah juga bertegur sapa dan bergurau senda..
Ape2 pun, marilah kita sedekahkan Al-Fatihah kepada mereka2 yg telah pergi meninggalkan kita buat selama2nya..
Semoga roh mereka di tempatkan di kalangan orang2 yang beriman...
Kita yang masih hidup ni, marilah kita meneruskan hidup dengan mempertingkatkan lagi amalan kita kerna kita tidak tau bilakah masanya Allah S.W.T akan menjemput kita pulang..

Amiiin amiiin Ya RabbalAlamin...
Al-Fatihah..

Monday, November 1, 2010

Sesuka hati

Paper yang memerlukan aku banyak menulis dan membaca telah pun berlalu...yehoooooo!
Lagi2 paper PD..My God...bengkak2 jari jemariku menulis..wakaka..
Next QMT..then CF..yaw!yaw!xsabo2...huih..