Wednesday, December 14, 2011

Teman Baru

Assalamualaikum w.b.t

Hai!sblum cite,sengih dlu ye?hehe..ttup kpale gne slimut je..hee..oh ye..saje nk tayang bku yg ak bru beli..xdela bru sgt..dah smnggu la jugak ak beli..saje beli sbb isi kandungan die best..;)..

Dlm buku ni byk mengisahkan tntg msalah2 rumahtgga sbenarnye..n selain daripada tu, byk juga doa2 serta motivasi untuk dri sendri..biarla org nk kta ak gatai nak menikah ke or what so ever kan..just nak ilmu rmhtgga sbb mne tau stu hari nnt,ak akn mnempuhnya juga.insyaallah..cuma nak memperbaiki diri sndri n harap2 terbaiki lah ye?okay tu je nk cite..bye!;D

Hidup Ini Indah Selagi Ada Dia

Assalamualaikum w.b.t

Sesungguhnya kehidupan ini penuh dgn kegembiraan yg hanya dpt di rasai oleh akal yg 'berfikir' dan mata yg 'melihat'. Sekalipun kita merasakan telah kehilangan segala2nya dlm hidup, ingatlah bahawa Allah masih bersama  kita.

Usah banyak mengeluh. Mengeluh itu perbuatan syaitan. Usah diturutkan runtunan hati dan keinginan yg salah justeru ia bisikan syaitan. Sebaliknya banyakkan mengingati Allah. Fikirkan jika Tuhan itu bersama anda, mengapa Dia menduga anda sebegitu dahsyat? Jika Tuhan itu wujud dan sayangkan kita, mengapa Dia biarkan kita seorang diri menempuh dugaan? Tidakkah kita melihat bahawa Allah itu amat sayangkan kita dan ingin memberi kita syurga kerana itu Dia duga kita dgn dugaan yg besar. Apabila diambil segala2nya daripada kita, Dia bermaksud agar kita berserah diri kepadaNya.

Orang yg tidak di duga adalah org yg berada jauh daripada keredhaan Allah. Apabila kita diduga, itu adalah tanda cinta kasih Allah terhadap kita, hambanya..Itu tanda Allah memerhatikan kita..Allah hiraukan tentang hidup kita..Allah berbicara dengan kita..Bersyukurlah kerana itu tanda tanda Allah bersama dgn kita.

Ketahuilah tidak ada seorang pun yang diduga oleh Allah dgn apa juga kesakitan zahir dan batin hatta jarinya terkena duri sekalipun, melainkan Allah mengampunkan dosa dosanya. Bersyukurlah!

*petikan dari buku INDAHNYA HIDUP TANPA DERITA