Saturday, August 13, 2011

No Title

Assalamualaikum w.b.t

Subuh2 da hapdet blog..post entry byk2..padahal copy n paste..i da ltak quotation okeh..penting ye tu..amek article dari penulisan org,haruslah letak quotation..barulah tiada plagiarism...;D..mcm byk lak post hal2 umahtgga ni kan..bukan ape..saje mau berkongsi smbil tu bace untuk menambahkan ilmu rumahtgga..euww..haha..xsalah kan?kan?;)..

Mau hapdet cite yg berlaku 2 3 hari ni..tp,pic dlm fon blom transfer lg ke dlm lappy..so,nanti2 la ak hapdet skali byk..biar korg muak mmbacenye..hee..oh ye entry kali ni xtau mau letak tittle ape..so,ak ltak 'no tittle' je la yep..;D..okaylah mau sambung tidur..nanti mau pulang ke kampung..bertemu anak buah yg di rindui!

hello budak tecik!sila tadah pipi anda kejap lagi ye..aunty mau kiss2 smpai pipi budak tecik ni cair..hehe..rinduuuuuu..;D..

Kelebihan Seorang Suami


Assalamualaikum w.b.t


Kelebihan seorang lelaki apabila bergelar suami..


-->Solat nya adalah 70 kali ganjarannya berbanding orang bujang.
-->Nafkah yang diberinya kepada isteri adalah sedekah..
-->Perjuangan nya mencari rezeki untuk menyara keluarga adalah jihad.
-->Anak-anak nya yang belum baligh pahala amalannya adalah kepada ibubapanya..
-->Anak-anak yang belum baligh meninggal adalah jaminan bagi ibubapanya ke syurga..
-->Setiap suap nasi yang diberi kepada isteri dan anak-anaknya adalah sedekah..
-->Lelaki dikurniakan sembilan akal dan satu nafsu..
    namun wanita satu akal dan sembilan nafsu..”

-->Lelaki mungkin memikirkan sesuatu perkara itu berkali-kali sebelum melaksanakannya..
    namun bagi wanita mungkin lebih pada melaksanakannya serta-merta apabila dirasakan    

    betul.
-->Nafsunya sembilan, dikaitkan dengan kelembutan perasaan dan kasih sayang..
-->“Wanita hatinya dimulut.. manakala lelaki mulutnya di hati..”
     mungkin yang tidak terungkap oleh lelaki , tetapi senang sahaja diungkapkan oleh 

     wanita..


Wallahualam..

Make Up Kecantikan Pakar Cinta


*pic google

⊰♥⊱ Untuk kecantikan anda, bermake-up lah ke salon Iman.
⊰♥⊱ Hiasi mata dengan menundukan pandangan, nescaya mata semakin bening dan jernih.
⊰♥⊱ Warnai bibir dengan lipstik kejujuran, nescaya bibir semakin manis.
⊰♥⊱ Merahkan pipi dengan rasa malu, nescaya semakin menawan.
⊰♥⊱ Cucilah rambut dari ketombe pandangan liar dengan jilbab penutup yang rapat, nescaya akan aman.
⊰♥⊱ Bersihkan diri dari dosa dan kesalahan dengan sabun istighfar, nescaya semakin putih jiwa anda.
⊰♥⊱ Terapkan lulur kasih sayang, nescaya semakin lembut hati anda.

Dari Abdullah bin Amru bahawasannya Rasulullah Saw bersabda :
”Dunia adalah perhiasan, sebaik-baik perhiasan adalah wanita solehah”.
~ (HR Muslim)

*sumber pakarcinta.com 

Pahala Terakhir Seorang Isteri


Cerita di petik dari kisah benar yang telah di paparkan di MASTIKA keluaran Januari 2011

Alkisah ini bermula sekitar tahun 2010 yang lalu di Marang,Terengganu..

Peristiwa yang menimpa diri saya kira-kira dua tahun yang lalu sering datang meragut ketenangan yang cuba di pupuk hari demi hari. Saya selalu kecundang.
Justeru saya masih belum dapat memaafkan kesalahan yang telah dilakukan. Kesalahan yang disangka ringan, tetapi rupa-rupanya mendatangkan rasa bersalah yang tidak pernah berkesudahan hingga ke hari ini.

Ingin saya paparkan peristiwa yang menimpa diri ini untuk tatapan anda sekalian, untuk dijadikan teladan sepanjang hidup. Untuk pengetahuan semua, di kalangan sahabat-sahabat dan saudara-mara, saya dianggap sebagai seorang isteri yang baik.

Tetapi keterlaluan jika dikatakan saya menjadi contoh teladan seorang isteri bekerja yang begitu taat berbakti kepada suami. Walau bagaimana penat dan sibuk sekalipun, urusan rumahtangga seperti melayan suami dan menguruskan anak-anak tidak pernah saya abaikan.
Kami di anggap pasangan romantik. Suami saya seorang lelaki yang amat memahami jiwa saya, berlemah lembut terhadap keluarga, ringan tulang untuk bersama-sama menguruskan rumah apabila pulang dari kerja dan lain-lain sifat yang baik ada pada dirinya.
Waktu sembahyang dan waktu makan merupakan waktu terbaik untuk mengeratkan ikatan kekeluargaan dengan sembahyang berjemaah dan makan bersama. Pada waktu inilah biasanya beliau akan memberi tazkirah dan peringatan kepada kami agar menjadi hamba yang bertakwa.

Dari sudut layanan seorang isteri terhadap suami, saya amat memahami akan kewajipan yang harus ditunaikan. Itulah peranan asas seorang isteri terhadap suaminya.
Allah menciptakan Hawa semata-mata unutk melayan Adam dan menghiburkannya. Meskipun syurga dipenuhi dengan kekayaan dan kemewahan, namun tidak mampu mengisi jiwa Adam yang kosong melainkan dengan diciptakan Hawa.

Oleh itu saya menganggap tugas mengurus rumahtangga, mengurus anak-anak dan bekerja di pejabat adalah tugas nombor dua setelah tugas pertama dan utama, iaitu mela yani suami. Sebagai seorang yang juga sibuk di pejabat, adakalanya rasa penat dan letih menghambat sehingga saya pulang ke rumah.

Tetapi saya bersyukur kerana suami amat memahaminya. Berkat tolong-menolong dan bertolak-ansur, hal tersebut tidak pernah menjadi masalah di dalam rumahtangga.
Bahkan sebaliknya menumbuhkan rasa kasih dan sayang antara satu sama lain kerana masing-masing dapat menerimanya dan mengorbankan kepentingan masing-masing.
Sehinggalah tiba pada satu hari yang mana pada hari itu datangnya ketentuan Allah yang tidak dapat diubah oleh sesiapa pun. Hari itu merupakan hari bekerja.

Agenda saya di pejabat amat sibuk, bertemu dengan beberapa orang pelanggan dan menyelesaikan beberapa tugasan yang perlu disiapkan pada hari itu juga. Pukul lima petang saya bersiap-siap untuk pulang ke rumah. Penat dan letih tidak dapat digambarkan.
Apabila sampai di rumah, saya lihat suami telah pulang dari pejabat. Dia telah membersihkan dirinya dan sedang melayani anak-anak, bermain-main dan bergurau senda.
Dia kelihatan sungguh gembira pada pada petang itu. Saya begitu terhibur melihat telatah mereka, kerana suasana seperti itu jarang berlaku pada hari bekerja. Maklumlah masing-masing penat. Suami sedar saya amat penat pada hari itu. Oleh itu dia meminta agar saya tidak memasak, sebaliknya mencadangkan agar kami makan di sebuah restoran makanan laut di pinggir bandar.

Dengan senang saya dan anak-anak menyetujuinya. Kami pulang ke rumah agak lewat, kira-kira jam 11 malam. Apa tidaknya, kami berbual-bual panjang ketika makan, bergurau-senda dan usik-mengusik. Seperti tiada hari lagi untuk esok.

Selain anak-anak, suami sayalah orang yang kelihatan paling gembira dan paling banyak modal untuk bercakap pada malam itu. Hampir jam 12 barulah masing-masing merebahkan badan di katil. Anak-anak yang kekenyangan segera mengantuk dan lelap.
Saya pun hendak melelapkan mata, tetapi belaian lembut suami mengingatkan saya agar tidak tidur lagi. Saya cuba menggagahkan diri melayaninya, tetapi hati saya hanya separuh saja jaga, separuh lagi tidur.

Akhirnya saya berkata kepadanya sebaik dan selembut mungkin, “Abang, Zee terlalu penat.”

Lalu saya menciumnya dan memberi salam sebagai ucapan terakhir sebelum tidur. Sebaliknya suami saya terus merangkul tubuh saya. Dia berbisik kepada saya bahawa itu adalah permintaan terkhirnya.

Namun kata-katanya itu tidak meresap ke dalam hati saya kerana saya telah berada di alam mimpi. Suami saya perlahan-lahan melepaskan rangkulannya. Keesokannya di pejabat, perasaan saya agak tidak menentu. Seperti ada perkara yang tidak selesai.
Saya menelefon suami, tetapi tidak berjawab. Sehinggalah saya dapat panggilan yang tidak dijangka sama sekali iaitu panggilan dari pihak polis yang menyatakan suami saya terlibat dalam kemalangan dan dikehendaki datang segera ke hospital. Saya bergegas ke hospital, tetapi segala-galanya sudah terlambat. Allah lebih menyayangi suami saya dan saya tidak sempat bertemunya.

Meskipun redha dengan pemergian suami, tetapi perasaan terkilan dan bersalah tidak dapat dikikis dari hati saya kerana tidak melayaninya pada malam terakhir kehidupannya di dunia ini. Hakikatnya itulah pahala terakhir untuk saya sebagai seorang isteri.
Dan yang lebih saya takuti sekiranya dia tidak redha terhadap saya pada malam itu, maka saya tidak berpeluang lagi untuk meminta maaf daripadanya.

Sabda Rasulullah s.a.w, “Demi Allah yang jiwaku di tangan-Nya, tiada seorang suami yang mengajak isterinya tidur bersama di tempat tidur, tiba-tiba di tolak oleh isterinya, maka malaikat yang di langit akan murka kepada isterinya itu, hingga dimaafkan oleh suaminya.”

Sehingga kini, setiap kali saya terkenang kepadanya, air mata saya akan mengalir ke pipi. Saya akan bermunajat dan memohon keampunan daripada Allah. Hanya satu cara saya fikirkan untuk menebus kesalahan itu, iaitu dengan mendidik anak-anak agar menjadi mukmin sejati.
Agar pahala amalan mereka akan mengalir kepada ayah mereka. Hanya itulah khidmat yang dapat saya berikan sebagai isterinya. Itulah harapan saya. Semoga Allah memperkenankannya.Wallahu ‘alam.. 

*pic google

*sumber pakarcinta.com

Berani Mencintai, Berani Menikah

Assalamualaikum w.b.t

Jika Anda Berani Mencintai,
Anda Harus Berani Menikah,
Khusunya Kepada Kaum Lelaki,
Jangan Hanya Pandai Menabur Janji,
Di Sana dan Sini Banyak Terluka,
Akhirnya Memupuk Rasa Sakit Hati.

* sumber dari pakarcinta.com