Friday, November 26, 2010

Ciri-ciri pasangan hidup yang di idam-idamkan setiap insan..=)

Assalamualaikum w.b.t...
Poyo xtittle kat ataih nun?hak3..=p..ala2 iklan 'kecantikan adalah hak milik setiap insan' giteww...teehee..
Ok.ok..skang ni da kol 12.30..mata still xdpt lelap..xtau la ape yg ak fkir n kenangkan..hurm..tp,xpelah..seb bek ade blog kesayangan gue niy..boleh jugak jadi teman di kala kesunyian..maceh Incek Blog..kite saaaaaaaayang awks...hee..

Oklah guys...cube uollz berdiri dpan cermin..uollz tgk dri uollz...cantik kah?hensem kah?good2 je kah?atau boleh la tahan..=p..xkesah la kan?ape yg ade itu,adalah pemberian dari Illahi..so,kite mesti kena trima dengan suke hatinya!hee..

Erm..uollz ade xciri2 pasangan yg uollz idam2kan?mustilah ade kaann?tipu tipu kalo xde..huhu..ade yg nak idung mancung cam brad pitt..ade yg nak bbir merah bak delima cm plakon2 indon tuh..ade yg nak blu mata lebat n lentik ala2 hero hindustan..mcm2 ala lagi la..kan?kan?tapi,ak suke ala2 mamak..hak3...(sesape yg kenal rpat ngan ak je tau..hihi..)
comelkah?hahaha..men amek je kat google..ni bukan bf i okey?=P


Ini adalah antara ciri2 lelaki idaman setiap wanita...check it out!

1.       Yang menjaga imannya. Yang sentiasa menunaikan solat pada waktunya dan patuh segala suruhan-Nya. Yang mementingkan agama berbanding yang lain. (sejuk hati dan perut ibu yang mengandung dpt ank cmni)

2.       Yang menghormati wanita dan orang lain. Amat tinggi budi bahasanya..(nak satu boleh x?haha..)

3.       Yang sentiasa mengambil berat. Namun, bukanlah seorang yang terlalu ‘busy body’. Sepanjang masa asyik-asyik sms dan siasat apa yang dilakukan oleh c gadis hampir sepanjang masa. Nanti perempuan naik rimas pulak. Entah-entah dia kat tandas ke ape ke, tu pun nak sibuk?(tapi,selalu perempuan yang busy body..ak la tuh..heee..)

4.       Yang menjaga dan melindungi dan penyayang. Wanita inginkan lelaki yang mampu menjaga keluarganya, dirinya,  dan hatinya. Sememangnya wanita takutkan ancaman dan bahaya. Dan semestinya takutkan keseraman, maka perlukan lelaki yang berani lawan antu jembalang semua..kah3..

5.       Yang mesra dan tidak terlalu serius. Kebanyakan wanita sukakan lelaki yang mempunyai sifat-sifat humor. Mereka mampu menjadi penawar di kala duka dan bila bersama pun taklah boring. Ada je yang nak di cakapkan. Biarpun kadang kala perkara yang dibualkan tu, mengarut. (bestnye kalo jmpe laki mcm ni..=D..)

6.       Yang berterus terang. Berterus teranglah dengan pasangan. Jika ada sesuatu yang c gadis dapat tahu dari mulut orang lain tentang benda buruk yang telah anda lakukan, lagi nahas! Maka, lebih baik berterus terang.(tapi kadang2 kebenaran tu menyakitkan..btol x?)

7.       Yang mudah berkata “maafkan saya”. Tak payah panjangkan cerita. Lelaki begini memang sangat susah dijumpai.(kalo dapat,gua xkan lepaskan bai..)

8.       Yang sukakan kanak-kanak. Kalau  jumpa lelaki yang tak sukakan kanak-kanak, macamana nak hidup bersama kan? Mase ni la korg nak tgk bf korg tu bleh jadi bapa yg penyayang ke x..wink2!

9.       Yang melakukan kerjanya dengan baik. Apa yang ingin dilakukannya, lelaki tersebut akan pastikan yang ianya akan siap dan sempurna. In short, lelaki yang kurang malas, dan ada rajinnya.

10.   Yang mampu membuat keputusan dengan baik dan tepat. Lelaki akan menjadi ketua keluarga suatu hari nanti kan? Pastinya ciri-ciri ini yang paling diperlukan. inilah lelaki yang matang.

11.   Sayangkan keluarga kedua belah pihak. Inilah lelaki yang bertanggungjawab. Tak gitu?

12. Yang pandai mengucapkan kata cinta, pada waktu-waktu yang sesuai.(macam waktu bangun tido ke, mase nak tido ke..barula xrase nak cari org lain..) tp, janganlah setiap masa nak ucap kata cinta, nanti lama-lama basi je ayat cinta tu. hilang manisnya. 
13.   Yang mengutamakan kebaikan. Wanita sukakan lelaki yang berani untuk berkata, ‘tidak’ kepada sesuatu yang membawa kesan buruk kepada dirinya dan orang lain. Contohnya; Rokok serta perkara-perkara yang bertentangan dengan agama.

14. Yang menjaga penampilan, kemas. pernah tak nampak wanita cun bersama lelaki yang 'tak berapa cun'? haa, wanita ni kalau betul-betul jatuh cinta, dia tak heran paras rupa kau dah. yang penting, kemas. lelaki yang tak selekeh, tu paling penting. (wanita ni agak geli sebenarnya dengan lelaki 'Metroseksual'.)
 
hee..okeh itu sje..ni sume rekaan semata2 okay..idaman2 ni jarang2 sekali kite akan dpt..kalau dpt tu,alhamdullilah..beruntung la awak2 tu ye..ape2 pun,hidup mesti di teruskan..eh,cam lari tajuk jer?hek3..kepada sesape yg dah ade pasangan tu,hargailah mereka smentara mereka masih ada..ucapkanlah kata sayang eventhough sayang tu xbape nak ade dah dlm hati tu..sob..sob..(smpai hati awk xsyg kite dah)..=(..k lah..nak melangok jap..nyte uollz!muax!xoxoxoxo..
pelok ketat2 okeng!
SALAM...